doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • GKV Logistic adakan simulasi kemalangan jalan raya mantapkan kecekapan kakitangan
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • GKV Logistic adakan simulasi kemalangan jalan raya mantapkan kecekapan kakitangan

GKV Logistic adakan simulasi kemalangan jalan raya mantapkan kecekapan kakitangan

 Utusan Online, 28 December 2013

news 28122013 uo
Anggota bomba melakukan semburan air ke lori tangki bagi mengelak kebakaran dalam simulasi kemalangan anjuran syarikat GKV Logistic Sdn. Bhd, di Jalan Bypass, Port Dickson, Negeri Sembilan, semalam

TELOK KEMANG 27 Dis. - Bagi meningkatkan mutu dan tahap kepantasan pasukan keselamatan dan penyelamat dalam menghulurkan bantuan kecemasan, syarikat GKV Logistic Sdn. Bhd. hari ini menjalankan simulasi kemalangan jalan raya.

Ketua Operasi syarikat itu, P. Tamilselvan memberitahu, latihan berkenaan bertujuan memantapkan kesiapsiagaan kakitangan mereka sekiranya berdepan dengan situasi kecemasan apatah lagi melibatkan bahan-bahan kimia mudah terbakar.

Malah katanya, latihan ini sekali gus dapat mengasah kecekapan selain mengeratkan hubungan antara pihak berkuasa dalam menghulurkan bantuan ketika berlaku kemalangan.

"Simulasi kemalangan bermula pukul 9.25 pagi melibatkan sebuah van jenis Perodua Rusa, sebuah motosikal Honda EX5 dan sebuah lori tangki syarikat dengan muatan bahan gas cecair.

"Dari sinilah kita akan melihat kecekapan kakitangan kita dibantu beberapa anggota pasukan penyelamat dalam menangani situasi cemas ini. Apa yang dapat kita lihat simulasi ini berjalan dengan baik dan tersusun," katanya.

Menurut Tamilselvan, antara pasukan penyelamat yang terlibat adalah Jabatan Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Hospital Besar Port Dickson (HPD) serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP).

Malah katanya, simulasi tersebut disifatkan berjaya apabila setiap pasukan memainkan peranan masing-masing melaksanakan tugas dan mengetahui tindakan seterusnya bagi menyelamat mangsa ketika kejadian itu.

"Kita akan membuat satu kajian untuk mengadakan latihan secara berterusan pada masa depan bagi mewujudkan kemahiran dan kesepakatan antara pasukan penyelamat," katanya.

Cetak Emel