doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pekerja binaan maut jatuh atas gondola - Sinar Harian Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pekerja binaan maut jatuh atas gondola - Sinar Harian Online

Pekerja binaan maut jatuh atas gondola - Sinar Harian Online

Sinar Harian Online, 24 March 2017

  

PUTRAJAYA – Seorang pekerja binaan warga Nepal maut dipercayai terjatuh daripada bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Presint 7 yang masih dalam proses pembinaan, di sini, pagi tadi.

Difahamkan, mangsa yang tidak diketahui terjatuh dari tingkat berapa, ‘tersangkut’ pada gondola yang sedang digunakan oleh dua pekerja lain.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan berkata, pihaknya menerima laporan kejadian pada jam 8.50 pagi sebelum sepasukan anggota dihantar ke lokasi kejadian.

Menurutnya, seorang mangsa disahkan maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi pekerja warga Bangladesh dilaporkan mengalami kecederaan.

“Siasatan awal mendapati kejadian dipercayai berlaku ketika dua pekerja sedang menaikkan gondola di tapak pembinaan.

“Baru separuh gondola dinaikkan, seorang lelaki yang tidak diketahui datang dari arah mana terjatuh ke dalam gondola digunakan dua pekerja dan terkena seorang daripada mereka,” katanya.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati, mangsa yang maut adalah pekerja di tapak pembinaan sama, namun bekerja di blok berlainan.

Katanya, setakat ini, polis belum mengetahui mangsa terjatuh dari tingkat berapa dan siasatan lanjut masih dijalankan.

Anggota dari Jabatan Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) hadir ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan.

“Pekerja yang cedera dihantar ke hospital untuk  rawatan lanjut,” katanya.

 

Cetak Emel