doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pergelangan tangan wanita hancur tersepit pengisar daging - Utusan Online
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2017
  • Pergelangan tangan wanita hancur tersepit pengisar daging - Utusan Online

Pergelangan tangan wanita hancur tersepit pengisar daging - Utusan Online

Utusan Online, 31 Mei 2017

 

 

KLANG 30 Mei – Seorang pekerja kilang warga Indonesia putus pergelangan tangan selepas tangan kanannya tersepit dalam mesin pengisar daging.

Dalam kejadian di Taman Sentosa pada pukul 6.30 petang semalam, pekerja wanita yang ha­nya dikenali sebagai Fara, berusia dalam lingkungan 20-an itu terpaksa menahan sakit kira-kira 15 minit sebelum diselamatkan.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Andalas, Muhammad Yatim Noor Mohd. berkata, ketika kejadian, mangsa bersama lima lagi rakan sekerjanya sedang mengisar daging.

Jelas Muhammad Yatim, pihaknya menerima panggilan kira-kira pukul 6.33 petang dan tiba di lokasi kejadian kira-kira lima minit kemudian.

“Sejurus menerima panggilan, sepasukan lima anggota bersama sebuah jentera bergegas ke lokasi kejadian dan mendapati wanita terbabit sedang menahan kesakitan.

“Bomba terpaksa membuka mesin pengisar untuk mengeluarkan tangan mangsa yang tersepit dan sebaik diselamatkan, tangan mangsa sudah hancur,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Dalam pada itu, Muhammad Yatim berkata, mangsa yang trauma kini dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Cetak Emel