doshheaderbm

Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2012
  • Petugas perubatan terdedah hepatitis, HIV
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2012
  • Petugas perubatan terdedah hepatitis, HIV

Petugas perubatan terdedah hepatitis, HIV

Utusan Online, 5 November 2012

PULAU PINANG 4 Nov. - Pulau Pinang merupakan negeri kelima merekodkan kes tertinggi kecederaan akibat peralatan tajam dalam kalangan petugas perubatan selepas Selangor, Johor, Kuala Lumpur dan Sarawak antara 2009 hingga 2011.

Pengarah Kesihatan negeri, Datuk Dr. Lailanor Ibrahim berkata, antara kecederaan yang dianggap serius adalah luka tertusuk jarum suntikan yang boleh menyebabkan mangsa berisiko dijangkiti penyakit seperti hepatitis B dan hepatitis C selain jangkitan virus HIV.

Menurut Lailanor, kajian Jabatan Kesihatan negeri mendapati, 15 daripada 1,000 petugas termasuk doktor, jururawat dan pembantu perubatan terdedah kepada bahaya peralatan tajam dan kebanyakannya melibatkan kakitangan baharu.

"Sebanyak 90 kes telah direkodkan pada 2009 dan diikuti 92 kes pada 2010 dan sebanyak 112 kes dicatatkan pada 2011.

"Kita menggesa mereka (kakitangan perubatan) untuk mematuhi prosedur kerja yang telah ditetapkan bagi mengurangkan risiko kecederaan terutama ketika mengendalikan peralatan tajam," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Minggu Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Peringkat Negeri Pulau Pinang di sini baru-baru ini.

Kata beliau, pihaknya sedang berusaha untuk mengurangkan kadar kemalangan di tempat kerja dengan menganjurkan pelbagai program seperti kempen kesedaran, ceramah, taklimat bulanan di peringkat jabatan dan hospital.

"Kita akan anjuran kempen kesedaran dan jika ada di antara mereka yang masih enggan mematuhi peraturan ditetapkan, tindakan tatatertib boleh diambil terhadap petugas kesihatan yang cuai dan mengabaikan aspek keselamatan ketika bertugas sehingga mendatangkan kecederaan kepada diri sendiri atau individu lain," ujarnya.

Cetak Emel